RSS

Khamis, 4 November 2010

Solat Jumaat pertama

Pada hari Jumaat 27 Ogos 2010, satu lagi sejarah telah tercipta di Surau Ubudiah di mana Solat Jumaat yang pertama telah didirikan. Bagaikan telah ditentukan oleh yang maha esa, dimana tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Nuzul Quran iaitu 19 Ramadhan 1431H.

Surau ini mampu untuk menampung lebihkurang 800 orang pada satu-satu masa, di mana 600 orang di ruang solat utama dan 200 orang di bahagian serambinya. Lapuran awal menyatakan, Surau Ubudiah telah dipenuhi seramai anggaran 500 orang di hari pertama solat jumaat ini dilaksanakan. Jumlah kutipan pada hari pertama solat Jumaat ini lebih kurang RM450.

Dengan terlaksananya solat Jumaat yang pertama ini ianya juga mengesahkan keperluan untuk mempunyai kemudahan solat jumaat di kawasan ini tetapi di masa yang sama menimbulkan tandatanya samada kapasiti surau ini dapat menampung jumlah jemaah yang seramai ini di dalam masa-masa yang mendatang.

Apa yang pasti, kawasan serambi surau perlu segera dilengkapi dengan "awning" kerana hujan yang lebat akan pasti membasahi ruang solat tersebut, dan ini sudah pasti akan meresahkan ahli jemaah yang bersolat.

Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Ilahi dan ribuan terimakasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor yang telah memberikan kelulusan solat Jumaat ini dan sekalung tahniah untuk seluruh ahli kariah yang tidak jemu-jemu berdoa untuk memastikan kejayaan bersama ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada YB. Iskandar Abdul Samad di atas sokongan dan dorongan yang telah ditunjukan oleh beliau bagi memastikan solat Jumaat ini dapat dilaksanakan. Begitu juga sokongan yang telah diberikan oleh Ketua Kampung, iaitu Encik Arshad. terima kasih diucapkan.

Ybhg, Ustaz Musa selaku pegawai penyelaras masjid dan surau Daerah Hulu Langat kerana telah sudi menjadi khatib bagi solat jumaat yang pertama ini dan barisan AJK ingin merakamkan rasa penghargaan di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa berkongsi saat yang bersejarah ini.

Di bawah ini gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan kita semua....







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan