RSS

Sabtu, 20 November 2010

Majlis Korban Surau Ubudiah

PROGRAM KORBAN SURAU UBUDIAH

Seperti tahun-tahun yang lalu Surau Ubudiah tidak ketinggalan untuk menganjurkan ibadah korban yang mana ianya turut disertai oleh masyarakat sekitar kawasan ini. Pada tahun ini, mesyuarat surau telah bersetuju untuk melantik Tuan Haji Mat Asik sebagai pengarah ibadah korban.

Penyertaan korban daripada penduduk setempat sangat menggalakan dengan penyertaan seramai 56 orang di mana sebanyak 8 ekor lembu di korbankan. Majlis korban ini bertambah meriah apabila seekor lembu dan 3 ekor kambing dikorbankan untuk majlis akikah. Untuk memudahkan kerja-kerja korban dan akikah, jawatankuasa surau telah menetapkan setiap ekor lembu akan diketuai oleh seorang ketua dan dibantu oleh 7 orang pekerja.

Majlis ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir lebih kurang pada jam 12.00 tengahari. Majlis korban dan akikah ini  dijalankan secara gotong royong yang disertai kira-kira 100 penduduk sekitar taman ini. Daging-daging korban yang siap dibungkus diagihkan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan. Lebih menarik lagi sebahagian daripada daging korban dan akilkah di masak dan di jamu kepada kariah surau selepas solat Zohor.

Pada sebelah malamnya pula, jawatankuasa surau menganjurkan kuliah maghrib sebagai halwa telinga yang bertajuk Korban. Selesai sahaja solat Isyak kariah surau sekali lagi dijemput untuk makan bersama.
 













Jom kita lihat pula gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut dijalankan….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan