RSS

Ahad, 16 Januari 2011

Bersama YB Iskandar

 Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani..laporan kami dari surau Ubudiah pada minggu ini mengenai pertemuan dan perbincangan hal-hal yang berkaitan dengan surau Ubudiah di pejabat Yb Tuan Iskandar Abd Samad yang juga merupakan penasihat untuk Surau Ubudiah. Perbincanan pada malam itu diketuai oleh pengerusi Surau, Encik Zamri dan juga encik Ismail Yusof (Pak Ngah) selaku biro pembangunan surau.
.
Diantara perkara yang sempat dibincangkan pada malam itu adalah berkisar mengenai pembangunan surau dan aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dijalankan.

untuk makluman pembaca Yb Iskandar telah diberikan sedikit gambaran mengenai hasrat ajk surau untuk menaiktaraf bahagian bumbung surau bagi mengantikan bumbung lama yang sudahpun berusia 16 tahun. Kos yang diperlukan untuk tujuan itu menelan belanja kira-kira RM240 ribu ringgit. Kos ini juga meliputi kerja-kerja penambahan bumbung di bahagian kanan surau bagi mengantikan khemah yang sedia ada bagi menambahkan keselesaan jemaah yang hadir untuk bersolat. setelah mendapat gambaran tersebut, Yb Iskandar secara ringkas nya menyebut yang beliau akan datang ke surau Ubudiah bagi melihat dengan lebih dekat seterusnya akan menyarankan apakah keputusan yang terbaik yang patut dilakukan oleh pihak surau samaada mengantikan keseluruhan bumbung surau yang sedia ada ataupun hanya menambah bumbung dibahagian kanan surau. Insya`Allah sedikit masa diperlukan untuk tujuan tersebut.

Perkara ke-2 yang diperbincangkan pada malam itu adalah mengenai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak surau untuk tahun 2011. Pengerusi surau Encik Zamri telah menjelaskan bahawa pihak surau didalam mesyuarat kali yang ke-6 telah bersetuju untuk menubuhkan Tabung kebajikan surau bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan, melancarkan program skim ansuran mudah ibadah korban atau ringkasnya (SAMIK) dan juga penubuhan kelab sahabat surau Ubudiah bagi membolehkan masyarakat mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak surau.

Insya'Allah sebagai permulaan untuk tahun 2011, Yb Iskandar telah bersetuju untuk hadir ke surau Ubudiah pada 29 Januari ini bagi menyampaikan sumbangan kebajikan kepada mereka yang layak menerima bantuan tersebut.

Untuk itu marilah kita bersama-sama berdoa semoga ape yang akan dan telah dirancangkan oleh pihak surau mendapat keredhaan daripada Allah swt. Aminnnn Ya Rabbal Alamin..

sekadar itu dulu laporan saya bagi pihak surau. Sebagai tatapan pembaca dibawah ini gambar-gambar yang sempat diambil..selamat menonton..





Turut serta dalam pertemuan mlm itu ialah Ust Musa dan juga penceramah di Surau Ubudiah

Isnin, 10 Januari 2011

Gotong Royong Perdana

Pada hari ahad yang lepas bersamaan 9 January 2011, bertempat di dewan orang ramai, jalan pandan indah 3/3 telah berlangsung gotong royong perdana anjuran ahli majlis MPAJ, iaitu Ustaz Abd Jalil Hassan. Perasmian gotong royong tersebut telah dirasmikan oleh Yb. Tuan Iskandar Abd Samad selaku adun Chempaka. Program tersebut juga turut dihadiri oleh ajk persatuan penduduk zon 19 dan bagi pihak surau Ubudiah seramai lebih kurang 10 orang ajk surau yang diketuai oleh Encik Zamri safaai telah bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan kawasan persekitaran dewan orang ramai tersebut. program tersebut berakhir lebih kurang pukul 12.30 tengahari.

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil oleh penulis...

























Khamis, 6 Januari 2011

operasi sambutan tahun baru 2011

Bersempena Sambutan Tahun Baru 2011, pihak ajk surau Ubudiah turut menyertai  Operasi  bersepadu bagi membendung gejala maksiat di kalangan mereka yang beragama Islam. Operasi ini dianjurkan dengan kerjasama diantara Masjid Al Azim, MPAJ,PDRM, AADK, RELA, PERKID, Jabatan Amal Malaysia, NGO dan juga Pejabat ADUN Chempaka.

Operasi tersebut telah diketuai oleh Yg.bhg Ustaz Jalil Hassan yang juga merupakan Ahli Majlis MPAJ. Timbalan ketua pula Yg. Bhg. Ustaz Nawawi dari Masjid Al Azim, Pandan Indah. Sebagai simbolik operasi pada malam itu, ucapan perasmian telah disampaikan oleh YB. Tuan Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan Adun Chempaka.

Operasi pada malam itu bermula pada jam 11.00 malam dimana semua yang terlibat berkumpul di Dewan MPAJ, Pandan Indah. Dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan dan kawasan sedikit penerangan ringkas tentang tatacara mengadakan operasi pada malam itu.

Untuk AJK Surau Ubudiah, kami telah di arahkan untuk melakukan operasi di Bukit Langat yang terletak lebih kurang 15 KM dari dewan MPAJ tersebut.
Kira-kira jam 1.00 pagi kumpulan kami telah sampai ke tempat yang di arahkan. Kira-kira jam 1.45 pagi seramai lebih kurang 15 pasangan telah dibawa ke dewan MPAJ untuk tindakan lanjut. Untuk gambaran lebih jelas di paparkan gambar-gambar yang sempat di ambil pada malam itu.












sampai di sini dulu aktiviti kami di surau ubudiah..

Wassalam.