RSS

Selasa, 8 Mac 2011

Gotong Royong Surau

Assalamualaikum, bertemu kembali di ruangan blog Surau Ubudiah. Kali ini aktiviti surau untuk bulan Feb ialah Gotong royong surau. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi yang turut disertai oleh ahli-ahli qariah surau Ubudiah. Alhamdulillah berkat kerjasama dan tolong menolong yang ditunjukan sedikit sebanyak dapat membantu kerja-kerja yang tidak sempat dilakukan oleh Tok Siak kita. 

Sebagai menghargai penat lelah yang telah ditunjukan, pihak surau telah sudi untuk menyediakan makan tengahari kepada semua yang hadir menyertai program gotong royong tersebut.

Mudah-mudahan segala usaha dan kerjabaik yang dilakukan mendapat pahala disisi Allah swt. Insya'Allah program gotong royong ini dapat dilakukan sebulan sekali bagi mengekalkan keceriaan dan keselesaan untuk beribadah kepada jemaah surau.

sebagai penutup jom kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil.


t.kasih kpd kaum muslimat yg sudi menyediakan mkn tengahari pada hari itu...



anak-anak muda yang turut serta dlm gotong royong tersebut..



ape yg ditengok kan tu..mcm tak puas hati aje..





Jumaat, 25 Februari 2011

Kuliah Maghrib-Yb Idham Lim

Assalamualaikum. Sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini memandangkan kesuntukan masa yang sangat terhad. Walaupun begitu aktiviti-aktiviti surau tetap berjalan seperti biasa. Alhamdulillah kuliah maghrib pada malam ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Idham Lim, ADUN Titi Serong, Perak. Kupasan yang cukup menarik untuk mereka yang hadir pada malam ini. Kepada yang tidak berkesempatan kami akan sertakan videonya di sini...tungguuuuuuu....














Sabtu, 5 Februari 2011

PENGUMUMAN

Kepada ahli-ahli qariah surau dan kepada pembaca-pembaca blog ini yang mengenali jiran-jiran atau ahli-ahli qariah yang mengalami kesempitan hidup sila maklumkan kepada pihak surau. InsyaAllah mereka yang layak akan diberikan bantuan untuk bulan Februari nanti. Sekian. Wassalam.

Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Kepada Ahli Qariah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya pihak surau Ubudiah telah berjaya menganjurkan majlis penyampaian sumbangan kebajikan bulanan anjuran surau Ubudiah dengan kerjasama pejabat ADUN Chempaka. Majlis tersebut telah diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 bersamaan 13 Safar 1431H. Bagi pihak ajk surau sudah pasti ianya satu program yang cukup bersejarah untuk surau dan juga ahli qariah, kerana buat julung-julung kali nya program seumpama ini dilaksanakan bagi membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan. Bantuan yang dimaksudkan adalah berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula tepung dan sedikit bantuan kewangan..

Bagi pihak ajk surau, kami bukan sahaja tertumpu di dalam majlis-majlis ilmu agama semata-mata tetapi ape yang kami cuba tampilkan adalah lebih daripada itu, yang mana kami juga mahu memainkan peranan sebagai sebuah surau yang sentiasa mengambil berat apa jua masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli qariah surau ini. Namun segala usaha dan perancangan yang difikirkan oleh pihak surau tidak akan terlaksana tanpa ada sokongan dan dokongan daripada semua pihak.

Dikesempatan ini juga pihak surau mengucapakan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat Surau Ubudiah, iaitu YB Tuan Iskandar Abdul Samad di atas kesudian beliau untuk menyampaikan bantuan kebajikan pada hari tersebut. Ucapan terima kasih juga kepada Ust Musa Badaruddin yang telah menyampaikan tazkirah pada petang itu. Tidak dilupakan kepada seluruh ajk dan ahli-ahli qariah surau yang turut serta bagi melancarkan perjalanan progarm pada petang itu.

Untuk makluman pembaca bantuan kebajikan tersebut tidak hanya disampaikan di surau, sebaliknya pihak surau dan YB Tuan Iskandar telah pergi ke rumah-rumah ahli qariah untuk menyampaikan bantuan tersebut. Alhamdulillah seramai 5 orang telah terpilih untuk dilawati oleh kami.

Untuk akhirnya, dibawah ini sebahagian daripada gambar-gambar yang telah diambil untuk tatapan anda semua.

Sementara menanti kedatangan YB Tuan Iskandar Abdul Samad

En. mokhtar Seleh, selaku pengerusi majlis pada petang itu..

Bacaan doa yang telah disampaikan Ust Saifuddin




Halwa telinga yang telah disampaikan oleh Y. Bhg Ustaz musa

Turut berucap, Encik Zamri Safaai selaku pengerusi Surau Ubudiah

Ucapan dan amanat yang telah disampaikan oleh YB Tuan Iskandar Abdul Samad


Kehadiran ahli-ahli qariah dan ajk surau pada hari tersebut



yang berat sama dipikul yang ringgan sama dijinjing


warga emas tidak dilupakan untuk menerima bantuan daripada pihak surau


jamuan ringgan turut disediakan selepas majlis penyampaian

kaum muslimat yang turut menjamu selera pada petang itu..



majlis lawatan ke rumah ahli qariah iaitu En. Nordin yang mengalami sakit tulang belakang

doa selamat turut dibacakan di setiap rumah ahli qariah bagi memohon keberkatan Allah swt..

ahli-ahli rombongan yang diketuai oleh YB Tuan Iskandar melangkah utk menuju ke rumah ahli qariah yang lain


tekun mendengar terhadap masalah yang di sampaikan oleh ahli qariah




tidak ketinggalan golongan muslimat yang sempat dilawati, kelihatan isteri kepada YB sedang bertanya khabar kepada salah seorang ahli qariah yang dilawati

penuh bersemangat untuk ke destinasi terakhir ke rumah ahli qariah...

warga emas yg terlantar sakit juga turut dilawati oleh YB Tuan Iskandar


tuan rumah, En. Jasmy yang tidak keberatan menerima kedatangan majlis rombongan pihak surau..terima kasih diucapkan..

Akhir kata jutaan terima kasih kepada mereka yang telah sudi menghulurkan bantuan terutama sekali kepada Tuan Haji Mat Asik yang telah memberikan bantuan sebanyak 20 kampit beras. semoga apa yang kalian telah hulurkankan mendapat limpahan pahala yang berterusan daripada Allah s.w.t..sekadar itu dahulu dari kami di surau ubudiah. Wassalam.