RSS

Selasa, 28 Disember 2010

Jemputan bacaan Yasin & doa selamat

Pada 24 Disember 2010 yang lepas bersamaan dengan hari Jumaat malam sabtu, selepas solat Isyak, ahli-ahli qariah surau ubudiah telah dijemput oleh seorang hamba Allah (maaf nama beliau tidak ingat) untuk bacaan yasin dan doa selamat bersempena dengan pembukaan pejabat operasi beliau berdekatan dengan Ambank Pandan Indah. majlis bacaan yasin dan doa selamat pada malam itu diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Fauzi Mustafa. mudah-mudahan dengan keberkatan bacaan yasin dan doa selamat pada malam itu akan memudahkan segala urusan yang dijalankan oleh beliau. berikut ialah gambar-gambar yang sempat di ambil pada malam itu. sekian...








Rabu, 8 Disember 2010

Sambutan Maal Hijrah

Malam tadi bertempat disurau Ubudiah telah berlangsung program sambutan Maal hijrah bagi memperingati kisah perjuangan nabi yang penuh dengan cubaan dan dugaan. Sambutan malam tadi juga diserikan lagi dengan penyampaian sumbangan berupa beras dan sedikit wang tunai kepada mereka yang kurang berkemampuan.

kehadiran pada malam tadi diangarkan lebih kurang 150 orang, yang mana ianya turut disertai oleh Y.bhg. Tuan Abd Jalil Hassan merangkap penyelaras masjid dan surau dun Cempaka. kehadiran timbalan nazir masjid Al-Azim, iaitu Tuan Haji Azmi menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.

Bagi mengingati sejarah perjuangan nabi Muhammad s.a.w. pihak surau telah menjemput Y.bhg Ustaz Mohd Syakirin Husin yang di datangkan khas dari Semenyih. Ternyata kupasan yang disampaikan oleh beliau sangat-sangat berharga untuk ahli qariah surau Ubudiah. Insya`Allah klip video akan dimasukan di dalam blog ini sedikit masa lagi. dibawah ini gambar-gambar yang sempat diambil..jom tengok..












Isnin, 6 Disember 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah

Assalamualaikum wbt..

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu
hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting
yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Oleh itu, kepada seluruh umat Islam khususnya ahli Qariah Surau Ubudiah, pihak jawatankuasa surau ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1432H.

Sekian Wassalam.

Rabu, 24 November 2010

Kuliah Tajwid

kuliah tajwid ini telah disampaikan oleh Ust Abdi pada hari selasa 23 November 2010..kehadiran amat menggalakan dan ada jemaah duduk di luar surau..mungkin mereka malu untuk turut serta kerana setiap jemaah akan membaca surah yang diajar..jom kita tgk gambar-gambar yg sempat diambil...

 kelihatan Ust Abdi sedang menghayati bacaan yg dibaca oleh jemaah surau

 pengerusi surau En.zamri (berjubah putih) turut serta dlm kuliah tersebut


 jemaah muslimat juga tidak ketinggalan turut serta menimba ilmu

 tersenyum lebar pak ngah bilamana camera dihala kepada beliau...


 bendahari surau yg sentiasa bersemangat menimba ilmu

 barisan ajk surau yg turut sama dlm kuliah tersebut




sekadar itu dahulu untuk tatapan anda semua... 

Sabtu, 20 November 2010

surau ubudiah-korban

Majlis Korban Surau Ubudiah

PROGRAM KORBAN SURAU UBUDIAH

Seperti tahun-tahun yang lalu Surau Ubudiah tidak ketinggalan untuk menganjurkan ibadah korban yang mana ianya turut disertai oleh masyarakat sekitar kawasan ini. Pada tahun ini, mesyuarat surau telah bersetuju untuk melantik Tuan Haji Mat Asik sebagai pengarah ibadah korban.

Penyertaan korban daripada penduduk setempat sangat menggalakan dengan penyertaan seramai 56 orang di mana sebanyak 8 ekor lembu di korbankan. Majlis korban ini bertambah meriah apabila seekor lembu dan 3 ekor kambing dikorbankan untuk majlis akikah. Untuk memudahkan kerja-kerja korban dan akikah, jawatankuasa surau telah menetapkan setiap ekor lembu akan diketuai oleh seorang ketua dan dibantu oleh 7 orang pekerja.

Majlis ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir lebih kurang pada jam 12.00 tengahari. Majlis korban dan akikah ini  dijalankan secara gotong royong yang disertai kira-kira 100 penduduk sekitar taman ini. Daging-daging korban yang siap dibungkus diagihkan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan. Lebih menarik lagi sebahagian daripada daging korban dan akilkah di masak dan di jamu kepada kariah surau selepas solat Zohor.

Pada sebelah malamnya pula, jawatankuasa surau menganjurkan kuliah maghrib sebagai halwa telinga yang bertajuk Korban. Selesai sahaja solat Isyak kariah surau sekali lagi dijemput untuk makan bersama.
 













Jom kita lihat pula gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut dijalankan….

Khamis, 4 November 2010

Solat Jumaat pertama

Pada hari Jumaat 27 Ogos 2010, satu lagi sejarah telah tercipta di Surau Ubudiah di mana Solat Jumaat yang pertama telah didirikan. Bagaikan telah ditentukan oleh yang maha esa, dimana tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh Nuzul Quran iaitu 19 Ramadhan 1431H.

Surau ini mampu untuk menampung lebihkurang 800 orang pada satu-satu masa, di mana 600 orang di ruang solat utama dan 200 orang di bahagian serambinya. Lapuran awal menyatakan, Surau Ubudiah telah dipenuhi seramai anggaran 500 orang di hari pertama solat jumaat ini dilaksanakan. Jumlah kutipan pada hari pertama solat Jumaat ini lebih kurang RM450.

Dengan terlaksananya solat Jumaat yang pertama ini ianya juga mengesahkan keperluan untuk mempunyai kemudahan solat jumaat di kawasan ini tetapi di masa yang sama menimbulkan tandatanya samada kapasiti surau ini dapat menampung jumlah jemaah yang seramai ini di dalam masa-masa yang mendatang.

Apa yang pasti, kawasan serambi surau perlu segera dilengkapi dengan "awning" kerana hujan yang lebat akan pasti membasahi ruang solat tersebut, dan ini sudah pasti akan meresahkan ahli jemaah yang bersolat.

Namun, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Ilahi dan ribuan terimakasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor yang telah memberikan kelulusan solat Jumaat ini dan sekalung tahniah untuk seluruh ahli kariah yang tidak jemu-jemu berdoa untuk memastikan kejayaan bersama ini. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada YB. Iskandar Abdul Samad di atas sokongan dan dorongan yang telah ditunjukan oleh beliau bagi memastikan solat Jumaat ini dapat dilaksanakan. Begitu juga sokongan yang telah diberikan oleh Ketua Kampung, iaitu Encik Arshad. terima kasih diucapkan.

Ybhg, Ustaz Musa selaku pegawai penyelaras masjid dan surau Daerah Hulu Langat kerana telah sudi menjadi khatib bagi solat jumaat yang pertama ini dan barisan AJK ingin merakamkan rasa penghargaan di atas kesudian beliau untuk meluangkan masa berkongsi saat yang bersejarah ini.

Di bawah ini gambar-gambar yang sempat diambil untuk tatapan kita semua....

AJK Surau




Isnin, 1 November 2010

Gotong Royong Surau

ajk-ajk surau sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan lantai simen bagi kemudahan jemaah untuk Solat Jumaat
 kelihatan Imam Surau kita sedang mengesat peluh jantan yang mengalir keluar, Insya`Allah peluh-peluh itu sebagai saksi di akhirat nanti



 sukat jangan tak sukat...
 ape yang penting kerjasama...



 Pengerusi Surau, Encik Zamri tidak melepaskan peluang untuk turut serta di dalam gotong royong tersebut....


kerja-kerja menyimen fasa pertama hampir siap...